Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Indonesia sedang memantau dua kampung berhampiran Gunung Ruang di Sitaro, Sulawesi Utara, walaupun tahap amaran gunung berapi itu telah diturunkan ke Tahap III. Foto AFP

Pihak berkuasa pantau 2 kampung selepas letusan Gunung Ruang

ByBernama

JAKARTA, 25 April: Pihak berkuasa Indonesia sedang memantau dua kampung berhampiran Gunung Ruang di Sitaro, Sulawesi Utara, walaupun tahap amaran gunung berapi itu telah diturunkan ke Tahap III.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) membantu kerajaan tempatan dalam memastikan keselamatan penduduk di kampung Pumpente dan kampung Laingpatehi serta menguruskan usaha bantuan, kata jurucakap agensi itu Abdul Muhairi dalam kenyataan pada Khamis.

Seramai 14,045 orang terjejas di Sitaro berikutan letusan Gunung Ruang minggu lepas dengan 6,125 individu telah dipindahkan.

Bencana itu menyebabkan kerosakan teruk, menjejaskan 31 rumah ibadat, 11 pejabat kerajaan, 21 bangunan pendidikan, lima kemudahan kesihatan, 3,331 kediaman dan kerosakan teruk 363 rumah.

Di Pulau Tagulandang berhampiran, beberapa penduduk tinggal bersama saudara-mara atau di rumah mereka yang rosak walaupun bumbung terjejas akibat letusan Gunung Ruang.

Abdul Muhairi berkata usaha pemantauan yang diketuai Timbalan Hal Ehwal Logistik BNPB Dr Lilik Kurniawan dan pasukan yang menggunakan sebuah kapal pada Khamis, mendapati beberapa penduduk menyelamatkan barang-barang mereka daripada letusan itu minggu lepas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan