Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi menunjukkan data kes vandalisme selepas sesi sidang media di bangunan Pembangunan Dan Lindungan Tanah (LCDA) di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Kes curi kabel: Meningkat 67 peratus pada suku pertama tahun ini

KUCHING, 25 April: Statistik kegiatan curi kabel pada suku pertama tahun ini berbanding 2023 menyaksikan trend peningkatan kes kepada 67 peratus.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, bagi tempoh Januari hingga Mac lepas sebanyak 45 kes curi kabel dilaporkan berbanding hanya 27 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

“Jadi ia bermakna kes kecurian kabel ini adalah satu aset yang menjadi tumpuan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi sidang media di bangunan Pembangunan Dan Lindungan Tanah (LCDA) di Kuching pada Khamis.

Dalam pada itu, Julaihi mengunumkan Kempen Pencegahan Vandalisme secara besar-besaran bakal diadakan pada Jun depan ekoran peningkatan kes berkaitan di negeri ini.

Menurutnya sebanyak 170 peratus peningkatan kes vandalisme berlaku di Sarawak tahun 2023 berbanding tahun 2022.

Dedahnya, jumlah nilai kecurian adalah sebanyak RM3.8 juta pada tahun 2022 berbanding RM19.7 juta pada 2024.

“Pada keseluruhannya peningkatan sebanyak 170 peratus dan kalau dari segi nilainya tahun 2022 ialah hampir 3.8 juta tetapi untuk tahun 2023 nilanya adalah sebanyak 19.7 juta.

“Jadi kita berharap ia dapat membendung walaupun tidak seratus peratus tetapi kita pastikan kita dapat mengurangkan kes vandalisme ini,” katanya.

Statistik peningkatan kes vandalisme tahun 2023 berbanding tahun 2022 menunjukkan sektor telekomunikasi meningkat kepada 283 peratus, bekalan elektrik meningkat sebanyak 42 peratus, bekalan air meningkat 16 peratus dan pengedaran gas meningkat sebanyak 33 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan