Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Serian Datuk Sri Richard Riot ketika ditemui TVS hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Kerajaan bela kebajikan anak-anak mendiang Joanna – Richard Riot

ByFebbright James

KUCHING, 25 April: Kerajaan menerusi agensi berkaitan diyakini akan membela kebajikan anak-anak mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna, kata Ahli Parlimen Serian Datuk Sri Richard Riot.

Menurutnya, kehilangan wirawati itu dalam tragedi helikopter bertembung pada Selasa lalu merupakan kehilangan yang amat besar kepada anak-anaknya berusia empat dan setahun.

Richard memberitahu mendiang bukan sahaja meninggalkan rakan sekerja, keluarga dan suami, tetapi juga dua orang anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.

“Saya kehilangan kata-kata apabila mendengar berita tentang tragedi ini. Sebagai Ahli Parlimen Serian, sudah tentu kami akan memastikan kebajikan dua anak ini terus dijaga.

“Kita ada General Officer Commanding (GOC) yang akan menguruskan ini dengan kementerian. Kebajikan anak anak kita tidak usah risau kerana kerajaan komited menjaganya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Penghormatan Terakhir dan Pengebumian mendiang di Kampung Engkaroh, di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Richard menzahirkan terima kasih kepada semua pihak terlibat termasuk Angkatan tentera Laut, Darat dan Udara yang bekerjasama dalam memudahkan urusan penghantaran jenazah mendiang dari Ipoh, Perak ke Sarawak sekali gus menguruskan istiadat pengebumian pada pagi tadi.

“Saya mewakili keluarga mendiang dan juga saya sendiri sebagai ahli parlimen ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia sama ada Laut, Udara dan Darat yang telah menguruskan semua upacara.

Ini juga merupakan suatu penghormatan kepada mendiang yang menjadi wirawati negara meskipun terkorban semasa berkhidmat dalam usianya 26 tahun,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan