Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan dana geran Projek Kecil Luar Bandar pada satu majlis di Spaoh, hari ini. Foto TVS

Betong sebagai pengeluar utama benih buah dan sayur

ByKimberly Dickson

SPAOH, 25 April: Usaha menjadikan Betong sebagai pengeluar utama benih pokok buah-buahan dan sayur-sayuran di negeri ini bermula dengan langkah tepat, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sehubungan itu, sebuah syarikat pengeluar benih pokok buah-buahan dan sayur-sayuran yang terkemuka dari Semenanjung Malaysia telah membuka cawangannya di simpang Debak sejak tiga tahun lepas.

“Kita bertuah kerana Green World Genetics( GWG) yang menghasilkan benih pokok buah-buahan dan sayur-sayuran berkualiti tinggi di atas tanah seluas 27.59 hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM1.1 juta kepada pelbagai organisasi, sekolah dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu yang turut menyumbang dana RM87,000.00.

Uggah berkata lagi, Bukit Saban mempunyai potensi besar untuk berkembang lebih maju dalam penghasilan anak benih.

Pasaran untuk benih berkualiti tinggi juga besar dan benih sedemikian agak mahal.

“Kami bercadang membimbing petani kontrak. Pada masa yang sama, GWG akan menyediakan latihan yang diperlukan.

“Mereka akan menjual benih mereka kepada syarikat yang akan memproses dan membungkusnya dengan betul dan yang sangat penting untuk pasaran luar,” ujarnya.

Ini akan membabitkan Jabatan Pertanian dalam mengenal pasti petani yang berminat.

“Seperti yang saya katakan, kami tidak mengeluarkan sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain untuk dimakan tetapi untuk menghasilkan benih.

“Ini adalah satu industri baharu yang Dr Richard dan saya sendiri percaya mempunyai potensi yang sangat besar dan yang mesti kita eksploitasi dan manfaatkan sepenuhnya,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan