Search
Close this search box.
Pemandangan kota Athens yang diselubungi jerebu. Foto AFP

Udara Greece dicemari debu dari Sahara

ByAFP

ATHENS, 24 April: Pencemaran debu udara di Greece yang berasal dari gurun Sahara melitupi kota Athens dan bandar-bandar Yunani lain pada Selasa, merupakan salah satu episod paling buruk melanda negara itu sejak 2018.

Jerebu kuning-oren itu menyelubungi beberapa wilayah selepas beberapa hari angin kencang dari selatan, mengehadkan jarak penglihatan dan mendorong amaran daripada pihak berkuasa tentang risiko pernafasan.

Pengarah penyelidikan cuaca di Balai Cerap Athens, Kostas Lagouvardos berkata ia adalah salah satu episod kepekatan habuk dan pasir yang paling serius dari Sahara sejak 21 Mac hingga 22 Mac 2018, apabila ia melanda pulau Crete.

Greece telah pun dilanda awan debu Sahara pada akhir Mac dan awal April yang turut menyelubungi bahagian Switzerland dan selatan Perancis.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa kepekatan habuk boleh mengurangkan cahaya matahari dan jarak penglihatan sambil meningkatkan kepekatan zarah pencemaran halus, menimbulkan risiko kepada individu yang mempunyai sedia ada mengalami masalah kesihatan.

Gurun Sahara mengeluarkan 60 hingga 200 juta tan habuk mineral setiap tahun, dengan zarah debu tersebut boleh bergerak ditiup angin beribu-ribu kolimeter, berpotensi sampai ke ke seluruh Eropah.

Perkhidmatan cuaca Greece berkata, langit akan mula cerah semula pada hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan