Search
Close this search box.
Kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol dan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab menyerikan sambutan Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Paloh. Foto UKAS

RADDA: Peruntukan RM47 juta laksana lima projek di Paloh

SIBU, 24 April: Kerajaan Sarawak meluluskan lima projek pembangunan bernilai RM47 juta  di kawasan Kampung Paloh, kata Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab.

Menurutnya, projek berkenaan meliputi membina semula jeti komersial dan jalan akses Kampung Paloh, penyambungan jeti konkrit Kampung Paloh, naik taraf jalan Paloh-Kedang, bina baru jeti nelayan dan bina baru jambatan menuju Kampung Lot Paloh dibangunkan di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

“Ketika ini, RADDA masih dalam proses lawatan tapak, tinjauan dan rekabentuk sebelum proses tender dibuka kelak,” katanya ketika dihubungi selepas menghadiri Program Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Paloh di sini, pada Selasa.

Menurutnya, peruntukan itu membuktikan kerajaan terus memberi penekanan terhadap usaha merapatkan jurang pembangunan ekonomi bandar dan luar bandar.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau meluahkan perasaan gembira dengan peruntukan tambahan RM518 juta untuk melaksanakan projek pembinaan jalan raya baharu Kampung Paloh –Tanjung Manis.

Sebelum ini katanya, Kerajaan Persekutuan meluluskan RM267 juta untuk tujuan yang sama sekali gus menjadikan kos keseluruhan pelaksanaan projek berimpak tinggi itu sebanyak RM785 juta.

“Perkembangan menggembirakan itu memberi sinar baharu kepada penduduk empat buah kampung yang ketika ini hanya bergantung dengan pengangkutan sungai.

“Kampung-kampung tersebut ialah Paloh, Kedang, Berangan dan Stalun. Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memberi peruntukan keseluruhannya berjumlah RM785 juta untuk projek ini,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan