Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuching, Ahsmon Bajah Foto, TVS.

Polis Kuching selesaikan 340 kes curi kenderaan, nilai kerugian lebih RM6 juta

ByMuqri Aziz

KUCHING, 24 April: Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching berjaya menyelesaikan kes curi kenderaan sebanyak 340 kes dari tahun 2021 hingga Mac tahun ini dengan nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM6,036,945.

Ketua Polis Daerah Kuching, Ahsmon Bajah mendedahkan kejayaan itu melibatkan sebanyak 710 buah motosikal dan 216 buah kereta yang dilaporkan dicuri di 10 kawasan sasaran di sekitar Bandaraya ini.

“IPD Kuching telah melaksanakan sebanyak 21 operasi sepanjang tahun 2021 sehingga 2024 dan melalui operasi yang dijalankan telah berjaya menyelesaikan kes curi kenderaan sebanyak 74 kes pada tahun 2021, 101 kes (2022), 135 kes (2023) dan 30 kes selesai hingga Mac tahun ini.

“Dalam tempoh yang sama, sebanyak 15 sindiket ditumpaskan dan seramai 329 orang suspek berjaya ditangkap dan menemui sebanyak 200 motosikal dan 118 buah kereta dengan nilai rampasan berjumlah RM3,279,450,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahsmon menambah kajian pihaknya mendapati antara 10 kawasan sasaran suspek adalah Semariang, Demak laut, Metrocity, Tabuan Heights, Taman Satria Jaya, BDC Stampin, King Centre, persekitaran Hospital Umum Sarawak, kawasan Waterfront, kawasan Majma Mall, kawasan Jalan Abell, kawasan Jalan Petanak, kawasan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, kawasan Farley Mall dan Jalan Rock.

Sehubungan itu, lima Team CAT (Counter Aggressive Team) dan satu Team Lejang ditubuhkan bagi mengesan penjenayah curi kenderaan.

“Hasil kajian, antara modus operandi penjenayah curi kenderaan adalah menggunakan Allen Key Spanar ‘T’ yang diubahsuai, mematahkan lock handle motosikal seterusnya merosak kunci bagi menghidupkan enjin motosikal.

“Selain itu, penjenayah juga ada menggunakan portable signal jammer dan mematikan alarm dan GPS bagi menghidupkan enjin kenderaan,” tambah kenyataan itu lagi.

Beliau juga berkata analisa mereka mendapati 35 buah motosikal yang dicuri ditemui oleh pasukan serbuan disimpan secara terbuka di rumah suspek di kawasan kuching dan turut digunakan sebagai kenderaan harian termasuk untuk bekerja.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat untuk menyalurkan maklumat kenderaan mencurigakan dan individu yang disyaki pencuri kenderaan kepada pihak polis.

Ini kerana beliau mengesahkan sindiket melibatkan warga tempatan dan warga asing masih aktif di kawasan ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan