Search
Close this search box.
Ahli keluarga dan penduduk kampung mendiang Joanna melakukan persiapan untuk pengkebumian di Kampung Engkaroh Tebakang, Serian. Foto Alex Teo (TVS)

‘Kami dapat melihatnya untuk kali terakhir’

ByAhmad Azlan Shah

SERIAN, 24 April: “Bersyukur sangat kakak ‘pulang’ ke sini, kami dapat melihatnya untuk kali terakhir,” itu luahan Honey Viviane Francis setelah dimaklumkan jasad kakaknya, Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna akan dibawa ke Serian untuk dikebumikan.

Honey, 16, berkata mereka sekeluarga menerima perkhabaran daripada bapa mereka yang menguruskan urusan membawa balik jasad dari Ipoh ke Kuching.

Honey ketika ditemui di Kampung Engkaroh, Tebakang, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

“Semoga dipermudahkan urusan keluarga kami,” katanya ditemui di rumah suami mendiang di Kampung Engkaroh Tebakang di sini, hari ini.

Joanna antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada jam 9.32 pagi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.

Jasad mendiang dijangka tiba di Pangkalan TUDM Kuching yang diiringi ibu bapa serta suami dan anak-anaknya pada malam ini.

Menurut ahli keluarga sebelah suami mendiang, urusan pengkebumian akan dilakukan pada Khamis.

“Ramai yang mengenali mendiang hadir ke untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya. Hampir semua ahli keluarga sebelah suami dan mendiang berkumpul di rumah menanti ketibaan jasad mendiang,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan