Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media. Foto TVS

Gabungan PDP dan PRS bukan satu keperluan – Abdul Karim

ByHandy G

KUCHING, 24 April: Penggabungan Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) bukanlah satu keperluan berikutan kedua-dua parti kompenen itu stabil dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurut Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, idea penggabungan itu juga akan menimbulkan ketegangan dalam arena politik tempatan.

“Jika mereka memilih untuk bergabung dengan pihak pembangkang, kami terima dengan baik, tetapi apabila mereka bergabung dengan parti dalam GPS, rakan separti dalam GPS akan bertanya-tanya.

“Lebih penting lagi, apabila kita membincangkan mengenai pergabunggan ini, parti manakah yang lebih besar antara kedua-duanya: PRS atau PDP? Jika kita merujuk kepada formula PSB dan PDP, mungkin satu parti perlu melaksanakan pemecahan diri. Adakah PDP bersedia untuk berpisah diri demi menyertai PRS? ,” soalnya ketika ditemui wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pemandu IRSDA bil 1/2024 di Bangunan Baitulmakmur II, Petrajaya, pada Selasa.

Baru-baru ini Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing mengesahkan keterbukaan untuk bergabung dengan parti-parti lain mengikuti pengiktirafannya dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Ini berikutan cadangan Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng, pada 17 April bahawa pergabungan di antara PDP dan PRS akan memperkukuh GPS dan perjuangan Dayak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan