Search
Close this search box.
Kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol dan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab menyerikan sambutan Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Paloh. Foto UKAS

Abdullah: Pilihan raya masih jauh, GPS dahulukan berkhidmat dari berpolitik

SIBU, 24 April: Pilihan Raya Negeri atau Persekutuan masih jauh, tumpuan utama kini ialah gerak kerja ke arah menjaga kebajikan rakyat dan membina ekonomi negara.

Itu kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol ketika diminta mengulas pengumuman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu melancarkan gerak kerja Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal.

Walaupun mana-mana parti politik melakukan persediaan awal dengan pelbagai kaedah dan propaganda yang hebat dan canggih namun Abdullah yakin, majoriti rakyat semakin bijak menilai kepimpinan yang benar-benar jujur dan bersungguh-sungguh bekerja untuk mereka.

“Falsafah politik Gabungan Parti Sarawak (GPS) berbeza, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga Pengerusi GPS dalam banyak ucapan beliau sering mengingatkan wakil rakyat GPS untuk sentiasa mendahulukan kerja dan khidmat kepada masyarakat dan jangan terlalu sibuk bermain politik.

“Malah, Abang Johari mahu setiap wakil rakyat GPS memberi tumpuan serius terhadap hasil kerja di kawasan masing-masing.

“Beliau juga mahu peruntukan untuk projek-projek kemudahan rakyat dilaksanakan dengan cepat dan memuaskan,” katanya.

Justeru ujarnya, Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Abang Johari, begitu bersungguh-bersungguh melaksanakan pelbagai insiatif ekonomi baharu untuk menjana pendapatan di samping memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri demi masa depan anak Sarawak.

Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam satu kenyatan berkata, parti itu akan memulakan gerak kerja dua tahun lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 dengan misi untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi Perdana Menteri.

Menurut, Rafizi Ramli, PKR memperkenalkan kerangka kerja ‘Keadilan menang siri PRU ke-16’ (KEMAS16) dan pemerkasaan organisasi parti (POP25) sebagai hala tuju persiapan akar umbi dan pimpinan PKR merangka persiapan serta menggembleng kekuatan dalam menghadapi PRU-16. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan