Search
Close this search box.
Pengerusi Penganjur Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2024, Kaunselor Dr. Florince Christy bergambar selepas sesi sidang media Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2024 (SFCF) di Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) di Samarahan pada Selasa. Foto TVS

SFCF 2024 pada 10-19 Mei di Aiman Mall sasar 200,000 pengunjung

SAMARAHAN, 23 April: Seramai 200,000 pengunjung disasarkan membanjiri Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2024 (SFCF) pada 10 hingga 19 Mei 2024 di Aiman Mall, di sini.

Pengerusi Penganjur Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2024, Kaunselor Dr. Florince Christy berkata festival itu kali ini bakal memperkenalkan dan mengetengahkan makanan tradisi di Kota Samarahan daripada kaum seperti Melayu, Cina, Iban, Bugis, Bidayuh, Jawa dan lain-lain etnik di negeri ini.

Pada masa sama, katanya, SFCF juga merupakan platform usahawan kecil berniaga sekali gus memartabatkan budaya di Samarahan.

“Maka dengan itu, pada tahun ini, kami berharap agar SFCF ini akan dapat menarik seramai 200,000 orang pengunjung.

“Ia telah menjadikan acara ini satu program yang bakal memeriahkan dan merancakkan lagi industri pelancongan serta meningkatkan peluang perniagaan bagi rakyat Samarahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2024 (SFCF) di Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) di Samarahan pada Selasa.

Menurutnya, festival tersebut juga akan menampilkan lebih 70 jenis ulam-ulaman yang terdapat di Sarawak terutama di bahagian Samarahan bagi mencipta rekod di Buku Rekod Malaysia.

Lebih membanggakan katanya penyertaan pameran ulam-ulaman sudah mengatasi sasaran mereka iaitu hampir 100 jenis sudah terkumpul.

Sebanyak 83 buah gerai jualan akan disediakan seperti jualan minuman, makanan tradisional dan makanan kering sepanjang festival berkenaan.

Terdahulu, SFCF pernah diadakan pada 10 hingga16 Disember 2022 dengan rekod 98, 819 pengunjung.

Hasil daripada penganjuran tersebut, para usahawan SFCF telah berjaya mengutip keuntungan lebih RM125,000 secara keseluruhan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan