Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mahu menjadikan kerajaan negeri Basel sebagai contoh perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti. Foto Dr Sim Kui Hian (FB)

Sarawak mahu jadikan penjagaan kesihatan Switzerland sebagai contoh

ByRegina Lee

KUCHING, 23 April: Sarawak mahu mengikut jejak langkah kerajaan negeri Basel, Switzerland yang memberi tumpuan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan awam berkualiti.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata, misi dan visi negeri itu sejajar dengan aspirasi Kerajaan Sarawak.

“Banyak aspirasi Sarawak untuk autonomi kesihatan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Pada masa sama, beliau menzahirkan terima kasih kepada syarikat Farmaseutikal Norvatis yang berpangkalan di Basel kerana telah memilih dan mempercayai Sarawak sebagai salah satu tapak penyelidikan klinikal utama di Malaysia dan tapak penyelidikan First In Human (FIH).

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Sarawak ingin mengembangkan R&D FIH sedia ada dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber asli.

“Sarawak ingin mengembangkan R&D melangkaui FIH semasa, membolehkan Sarawak dan anak Sarawak mendapat bahagian yang lebih besar daripada R&D Novartis bernilai AS$8.6 bilion.

“Ia sebagai sebahagian daripada pembangunan Sarawak dalam rantaian ekonomi bernilai tinggi dan pembangunan bakat, serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber alam semula jadi,” katanya lagi.

Menurut beliau, Norvatis merupakan satu daripada lima farmaseutikal multinasional terbaik di dunia.

Kerajaan Basel merupakan negeri yang terkaya daripada 26 negeri di terkaya di Switzerland, walaupun tidak mempunyai sebarang sumber asli, kecuali sumber manusia.

Selain Norvatis, syarikat farmaseutikal Roche turut berpangkalan di Basel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan