Search
Close this search box.
Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan kerjasama Persatuan Veterinar Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sarawak (DVSS) akan mengadakan vaksin anti-rabies percuma di Dewan Masyarakat MBKS pada 28 April 2024. Foto fail TVS

Suntikan vaksin anti-rabies percuma di MBKS Ahad ini

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 22 April: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan kerjasama Persatuan Veterinar Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sarawak (DVSS) akan mengadakan vaksin anti-rabies percuma di Dewan Masyarakat MBKS pada 28 April 2024 (Ahad) mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Menurut poster yang dikeluarkan hari ini, pemasangan cip mikro dan subsidi sebanyak RM150 bagi 100 pemilik anjing peliharaan pertama bagi mengasi anjing betina turut disediakan dalam program tersebut.

Tambah poster itu lagi, pemilik haiwan perlu memastikan anjing peliharaan sihat, berumur tiga bulan ke atas serta tidak mengandung untuk menerima suntikan vaksin anti-rabies itu.

Justeru, pemilik diwajibkan untuk membawa MyKad dan kad kesihatan anjing jika ada.

Anjing-anjing yang menerima suntikan vaksin perlu dikuarantin di rumah pemilik haiwan peliharaan itu selama 28 hari dan tidak dibenar mandi dalam masa lima hari atau satu minggu.

Saran poster itu lagi, anjing wajib mendapatkan vaksin setahun sekali dan dielakkan daripada bergaul dengan haiwan peliharaan yang belum menerima suntikan vaksin anti-rabies. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan