Search
Close this search box.
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1, dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini bagi permohonan sambungan reman. Foto Bernama

Reman suspek kes tembak KLIA disambung lima hari

ByBernama

KOTA BHARU, 22 April: Tempoh reman suspek kes tembak di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi 14 April, disambung lima hari.

Mahkamah Majistret Kota Bharu mengeluarkan perintah sambung reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Kejadian tembak di KLIA Terminal 1 bersifat peribadi

Perintah sambung reman yang berkuat kuasa esok hingga 27 April itu, dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah pada 8.35 pagi, dengan kawalan ketat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Suspek kes tembak di KLIA ditahan depan hospital swasta, direman tujuh hari

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi Ahad, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya.

Kejadian berlaku ketika wanita itu sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di balai ketibaan.

Suspek kes tembak di KLIA tukar nombor plat kereta, cuba lari ke luar negara

Polis setakat ini mengklasifikasikan motif kes berkaitan perihal peribadi dan suspek telah direman tujuh hari bermula 16 April dan tamat hari ini, selepas ditahan di hadapan sebuah hospital swasta di Kota Bharu, Kelantan pada 15 April. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan