Search
Close this search box.
Angka korban daripada serangan pesawat dan meriam Israel yang menyasarkan dua rumah orang awam Palestin di Bandar Rafah pada Ahad meningkat kepada 19, termasuk 14 kanak-kanak. Foto fail AFP

Rafah: 14 kanak-kanak antara 19 maut dalam dua rumah dibom Israel

ByBernama

GAZA, 22 April: Angka korban daripada serangan pesawat dan meriam Israel yang menyasarkan dua rumah orang awam Palestin di Bandar Rafah pada Ahad meningkat kepada 19, termasuk 14 kanak-kanak.

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan bahawa serangan pertama menyasarkan sebuah rumah milik keluarga Joudeh di kawasan Kem Ashdod di tengah Rafah, membunuh empat orang terdiri daripada suami, isteri dan anak perempuan mereka.

Satu pembedahan caesarean dilakukan ke atas wanita Palestin yang mati dalam keadaan mengandung itu dan pasukan perubatan berjaya menyelamatkan bayi berkenaan.

Sumber itu berkata, serangan kedua menyasarkan sebuah rumah milik keluarga Abdel-Al di timur Rafah membunuh 15 orang awam, iaitu 13 kanak-kanak dan dua wanita. Beberapa orang masih belum ditemukan dan pasukan penyelamat masih berusaha untuk mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan.

Satu siri serangan dilancarkan menggunakan pesawat menyasarkan tanah pertanian di kawasan  Khirbet Al-Adas, timur Rafah mencederakan tiga orang.

Pesawat Israel melancarkan serangan menyasarkan rumah warga Palestin di utara Kem  Nuseirat , tengah Semenanjung Gaza.

Pihak berkuasa kesihatan mengesahkan jumlah warga Palestin yang maut akibat serangan Israel sejak 7 Oktober dan dilaporkan meningkat kepada  34,097 orang sementara 76,980 individu cedera. Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan