Search
Close this search box.
Dadah yang dirampas pihak polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Miri. Foto IPD Miri

Dua ditahan disyaki terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah di Miri

MIRI, 22 April: Dua suspek masing-masing berusia 23 dan 46 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua suspek seorang lelaki dan wanita warga tempatan ditahan dalam serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sebuah pusat hiburan pada Sabtu lepas.

“Hasil pemeriksaan dan serbuan, pihak polis telah menahan kedua-dua suspek tersebut serta merampas sejumlah dadah jenis ketamine dengan anggaran berat 9.68 gram, serbuk ecstasy anggaran 15.36 gram dan pil erimin 5 anggaran 8.47 gram.

“Kesemua jumlah rampasan bernilai RM1,710 dan kedua-dua suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan