Search
Close this search box.
Bot LSS djumpai penduduk kampung di kawasan Sungai Selimut sebelum memaklumkan penemuan kepada pihak polis. Foto IPD Sarikei

Bot LSS ditemukan semula

SARIKEI, 22 April: Sebuah bot Lembaga Sungai Sungai Sarawak (LSS) yang dilaporkan hilang di Terminal Tanjung Manis awal pagi tadi berjaya ditemui semula hari ini.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Pemangku Superintendan Aswandy Anis berkata, bot terbabit dijumpai terapung oleh penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan Sungai Selumit terletak berhampiran Tanjung Manis.

Katanya, penduduk kemudiannya memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis pada jam 10 pagi tadi.

“Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada insiden membabitkan jenayah, faktor kecuaian atau sebaliknya.

“Kita masih melakukan siasatan dan menunggu fakta penuh kes ini, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian disedari pada jam 6 pagi tadi sebelum laporan dibuat di Balai Polis Tanjung Manis.

“Dalam pada itu, saya meminta kerjasama orang ramai orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini,” ujarnya.

Kejadian itu sempat menarik perhatian warga internet selepas tular di laman sosial. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan