Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) menerima piala bagi Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa J300 daripada Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) Datuk Patrick C.J Liew selepas sesi sidang media kejohanan berkenaan. Foto TVS

136 pemain berentap di Kejohanan Tenis Junior J300, Piala Premier Sarawak

KUCHING, 22 April: Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa J300, Piala Premier Sarawak yang berlangsung di sini pada 22 hingga 28 April ini bakal menghimpunkan seramai 136 pemain daripada 38 buah negara.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kejohanan anjuran Persatuan Lawn Tennis Sarawak (SLTA) itu akan melibatkan 67 pemain lelaki dan 69 pemain wanita.

Katanya, kejohanan tersebut juga turut menyediakan penstriman markah dan perlawanan secara langsung perlawanan menerusi platform media sosial Youtube.

“Dengan pelaksanaan penstriman secara langsung ini seluruh dunia dapat menyaksikan perlawanan itu secara terus menerus selain turut mengenali serta mengetahui kewujudan satu Bandaraya Kuching dan inilah antara kebaikan penstriman secara langsung perlawanan-perlawanan tersebut.

“Keadaan ini sekali lagi akan meletakkan Sarawak sebagai serta kepulauan Borneo di mata dunia melalui publisiti media sosial,” katanya ketika sidang media Piala Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa J300, Piala Premier Sarawak di sini hari ini.

Menurut Abdul Karim, bermula esok (23 April) SLTA akan mengalu-alukan lebih 200 orang terdiri daripada pemain, jurulatih dan ibu bapa daripada 38 negara yang menyertai kejohanan tersebut.

Katanya, bagi kejohanan itu, Malaysia menghantar 15 permain dengan sembilan pemain merupakan pemain lelaki manakala enam pemain lagi adalah pemain wanita.

Turut mengesahkan penyertaan pada kejohanan tersebut pemegang Ranking Ke-9 Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Junior, Hayden Jones dari Australia.

Terdahulu, pada 15 hingga 20 April, SLTA telah menganjurkan acara antarabangsa, antaranya pertandingan Remaja Pasukan Dunia ITF bawah 14 tahun (U14) yang disertai 28 negara yang kemudiannya diikuti Pertandingan Akhir pembangunan Asia Bawah 14 Tahun (U14) yang disertai 22 negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan