Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Ramah Tamah Taman Alamanda Indah. Foto TVS

Perayaan medium rapatkan ukhwah – Fadillah

KUCHING, 21 April: Penganjuran pelbagai program ramah tamah atau rumah terbuka ketika musim sambutan sesuatu perayaan menjadi platform untuk kelompok masyarakat bermesra dan bersuai kenal antara satu sama lain.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keadaan itu seterusnya dapat merapatkan ukhwah dan silaturahim antara kelompok komuniti terbabit khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan taman perumahan.

Katanya, ia sesuai dengan ajaran Islam yang mahu umatnya sentiasa merapatkan ukhwah dan menjaga kebajikan satu sama lain.

“Tidak sempurna iman kita melainkan kita kasihkan saudara kita termasuk jiran-jiran sebagaimana kita kasih serta sayangkan diri.

“Perkara-perkara seperti inilah perlu diamalkan oleh kita apatah lagi selepas mengharungi Ramadan di mana kita dilatih dan diasuh supaya mendidik hati untuk kita sentiasa kembangkan agar sentiasa dekat kepada Allah SWT, seterusnya membolehkan kita mengamalkan amalan bermaafan, saling bantu-membantu dan menghormati satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Taman Alamanda Indah di sini, malam tadi.

Fadillah berkata, nilai-nilai dan amalan tersebut telah menjadi tonggak perpaduan di Sarawak sehingga membolehkan Bandaraya Kuching dikenali di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai Bandaraya Perpaduan.

“Suasana dalam kebersamaan dan kesepakatan antara masyarakat pelbagai kaum, agama dan latar belakang itu merupakan satu keunikan dimiliki Sarawak yang menarik lebih ramai masyarakat luar untuk merasainya sendiri,” fujarnya.

Justeru semangat tersebut tegas Fadillah, perlu terus dipupuk khususnya di kalangan generasi muda supaya budaya tersebut akan terus kekal dan Sarawak tetap menjadi contoh keharmonian dalam kepelbagian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan