Search
Close this search box.
Datuk Dr Annuar Rapa’ee menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan pintu gerbang dan bertuntong rumah zon Sri Aman dan Lingga di Majlis Berambeh Gong Xi Raya Tahun 2024 di Waterfront Sri Aman hari ini. Foto TVS

Pelaksanaan projek baik pulih sekolah daif di Sarawak berjalan baik – Dr Annuar

SRI AMAN, 21 April: Pelaksanaan projek membaik pulih, menaik taraf dan membina semula sekolah daif  berjalan dengan baik walaupun masih terdapat banyak sekolah yang dikategorikan daif di Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, setakat ini Kerajaan Sarawak telah berjaya membina tujuh buah sekolah baharu dan membaik pulih lebih 200 sekolah daif.

Menurutnya, proses membaik pulih sekolah daif tersebut bukan satu perkara mudah terutamanya melibatkan kawasan-kawasan yang jauh dari pusat bandar dan mempunyai kesukaran dari aspek logistik.

“Pelaksanaan baik pulih sekolah bukannya mudah, bukannya dapat dilaksanakan dalam masa setahun, tempat-tempat yang terlalu jauh dari kawasan bandar banyak kekurangan dari segi logistiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Berambeh Gong Xi Raya Tahun 2024 di Waterfront Sri Aman di sini, hari ini.

Katanya, menerusi pendekatan baharu mengatasi isu sekolah daif, Kerajaan Sarawak akan mendahulukan dananya untuk membina sekolah daif sebelum ia kemudiannya dibiayai Kerajaan Persekutuan.

“Kaedah ini membantu Sarawak mempercepatkan proses membaik pulih dan menaik taraf sekolah daif  seterusnya membolehkan pelajar menjalani sesi persekolahan mereka dalam keadaan yang lebih kondusif.

Dalam pada itu, katanya, laluan perhubungan jalan raya yang baik di Sarawak akan membantu memudahkan masyarakat untuk menjalankan kegiatan ekonomi secara meluas melibatkan daerah yang berbeza.

Menurutnya, dengan jarak dan masa perjalanan yang semakin singkat, ia akan memudahkan peniaga untuk membawa produk untuk dijual ke kawasan lain.

“Kita di Sarawak tidak lagi sukar untuk bergerak ke mana-mana seperti Kuching ke Sri Aman hanya dua jam ke Sarikei pun sejam lebih dan ini akan membantu ekonomi kita seperti mana-mana produk yang bagus di Sri Aman dapat dijual ke Sibu, Insya-Allah akan laris.

“Mungkin kita akan buatlah sebulan sekali, orang Sibu datang ke Sri Aman untuk berjual produk dan kami di Sibu pulut panggang paling laku mungkin sebulan sekali boleh dibawa berjual di Sri Aman,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan