Search
Close this search box.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Lebuhraya Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem, Kuching, malam tadi. Foto JBPM

Tercampak dan pecah kepala

BySaibi Gi

KUCHING, 20 April: Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) meninggal dunia, manakala dua penumpang cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem (Jalan FAC) di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, dalam kemalangan kendiri itu pemandu, Lai Nyuk Loi, tercampak ke luar kereta, luka dan pecah kepala.

Lelaki berumur 54 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan disahkan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

“Seorang mangsa lelaki berumur 66 tahun cedera luka terbuka di bahagian tangan kiri dan tersepit. Seorang mangsa wanita berumur 25 tahun keluar sendiri dari kereta mengalami luka di kepala,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bomba menerima panggilan pada 8.31 malam dan menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya ke lokasi kejadian.

Dalam perkembangan sama, Pemangku Ketua Polis Padawan Deputi Superitendan Lim Jaw Shyong berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Lai Nyuk Loi, 54, yang merupakan pemandu MPV.

“Kemalangan berlaku apabila kenderaan mereka bergerak dari arah Jalan Sampadi hendak menghala ke arah Kuching.

“Sampai di Jalan FAC Matang, tiba-tiba kenderaan yang disyaki dipandu laju hilang kawalan lalu menyebabkan terbabas dan terjunam ke dalam parit di bahu kiri jalan sebelum berpusing dan terbalik ke dalam kawasan parit,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, dua lagi mangsa yang cedera menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Umum Sarawak.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan