Search
Close this search box.
Kho Teck Wan pada Hari Terbuka dan Karnival Kesihatan anjuran Cyberjaya College di Kuching, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Hospital Umum Sarawak dipilih jalani ujian klinikal lapangan bagi rawatan Systemic Lupus Erythematosus

ByAkma Salleh

KUCHING, 20 April: Hospital Umum Sarawak dipilih bagi menjalankan ujian klinikal lapangan First-in-Human (FIH) melibatkan dadah baharu bagi rawatan pesakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) di Malaysia.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan berkata, ia dipilih oleh sebuah syarikat farmaseutikal terbesar di dunia iaitu Roche Pharmaceuticals.

“Ini bermakna kita (Sarawak) memerlukan lebih banyak lagi pakar dalam bidang perubatan,” katanya berucap pada Hari Terbuka dan Karnival Kesihatan anjuran Cyberjaya College Kuching di sini, hari ini.

Beliau mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Kajian di bawah inisiatif reumatologi itu adalah yang pertama seumpamanya, mengkhususkan penyelidikan mengenai rawatan selamat untuk pesakit ‘Lupus Erythematosus Sistemik’ (SLE).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini berkata, pemilihan sebagai tapak kajian tersebut adalah bukti keyakinan syarikat multinasional terkemuka dunia terhadap keupayaan Malaysia dalam bidang kajian klinikal.

Sementara itu menyentuh isu penyakit buah pinggang, Kho berkata kerajaan Sarawak telah meluluskan RM6.9 juta bagi 399 permohonan di bawah Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) sejak 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan