Search
Close this search box.
Golongan petani Ba'Kelalan digalak membangunkan Beras Adan dengan mengkomersialkan kualiti unik dan nilai beras itu.

Pesta Beras Adan 2024: Komersial nilai beras organik premium petani Ba’Kelalan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

LAWAS, 19 April: Penjenamaan semula pembungkusan Beras Adan mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium, kata i Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.

Bersempena Pesta Beras Adan 2024, beliau mahu golongan petani di Ba’Kelalan giat mengkomersialkan sekali gus mempromosikan kualiti keunikan dan nilai beras berkenaan.

Pesta Beras Adan 2024: Komersial nilai beras organik premium Ba’kelalan | TVS

“Apabila usaha ini telah dijalankan, komuniti petani Ba’Kelalan boleh memohon kerjasama, bantuan dan sokongan daripada agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, penjenamaan, promosi dan pemasaran Beras Adan hingga ke pasaran antarabangsa.

“Buat masa ini, Beras Adan juga hanya ditanam satu kali setahun, penanaman berganda masih belum berjaya dan kajian yang lebih komprehensif oleh agensi Kerajaan seperti Mardi dan universiti tempatan akan membantu untuk menjayakannya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal semasa Pesta Beras Adan 2024.

Mutang menambah keunikan Beras Adan organik dihasilkan dengan kaedah tradisional yang telah diwarisi dari generasi ke generasi iaitu melalui sistem pengairan daripada sumber air yang diperoleh dari anak sungai gunung berdekatan.

Pada masa sama, Mutang turut mendedahkan bahawa pembangunan infrastruktur di kawasan Ba’Kelalan juga telah dijadualkan dalam beberapa tahun yang akan datang.

“Ini termasuklah pembinaan jalan, pusat rawatan air, sambungan elektrik yang berterusan dan stabil, serta penambahbaikan capaian internet.

“Dengan penambahbaikan infrastruktur ini, komuniti Ba’Kelalan harus membangunkan tanah mereka dan mula menghasilkan sayur-sayuran segar, buahbuahan serta bunga-bunga yang hanya terdapat di kawasan dataran tinggi seperti penghasilan komersial di Kundasang dan Cameron Highlands,” ujarnya lagi.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal semasa Pesta Beras Adan 2024.

Pesta Beras Adan 2024 berlangsung selama 2 hari bermula hari ini, 19 April 2024 diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jamuan rakyat, sukan dan tarian tradisional serta pertunjukan kebudayaan dan hidangan masakan Lun Bawang.

Pesta itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Nurjazlan Tan Sri Mohamad, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II serta Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum.

Terdahulu, Mutang telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM10,000 kepada pihak penganjur untuk menjayakan Pesta Beras Adan 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan