JAKARTA, 19 April: Penutupan ruang udara wilayah Sulawesi Utara dilanjutkan menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi di Manado masih ditutup.
Penutupan ini dijangka dilanjutkan sehingga 6 petanng 19 April waktu tempatan berdasarkan maklumat di Notis Kepada Airmen (NOTAM).
Menurut Ketua Pejabat Penguasa Lapangan Terbang Wilayah VIII, Ambar Suryoko, penutupan berterusan operasi itu berdasarkan pertimbangan masih terdapat abu gunung berapi di ruang udara Sulawesi Utara.
“Pelanjutan penutupan sementara operasi di Lapangan Terbang Sam Ratulangi adalah atas persetujuan bersama dan hasil ujian yang dijalankan menunjukkan masih terdapat banyak awan debu gunung berapi,” katanya.
Tambahnya, berdasarkan imej satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), abu telah merebak ke Barat, Barat Laut, Timur Laut dan Tenggara meliputi Manado dan Minahasa Utara.
Bagaimanapun, pihaknya masih memantau perkembangan letusan Gunung Ruang dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan berkaitan bagi menjangkakan tindakan perlu bagi memastikan keselamatan, keselamatan dan keselesaan penerbangan. – TVS