Search
Close this search box.
Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Dato Haidar Khan Asghar Khan semasa memotong reben yang merupakan simbolik kepada Majlis Perasmian Bask Bear Pandu Lalu di Bintulu, baru-baru ini. Foto Alex Teo (TVS)

Kopi ‘agenda beruang madu’, pandu lalu pertama di Bintulu

BySteward Dawi

BINTULU, 19 April: Jenama kopi pertama yang menggunakan Gula Aren®️ Borneo, Bask Bear yang memperjuangkan agenda pemuliharaan beruang madu kini melebarkan sayapnya ke bandar Bintulu dengan membuka cawangan pandu lalu pertamanya di sini.

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo, lokasi NAIM Street Mall dipilih jenama itu berikutan pusat beli-belah terkenal di Bintulu itu dilengkapi laluan pejalan kaki berbumbung terpanjang di Sarawak.

Terdahulu, Loo menyaksikan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Dato Haidar Khan Asghar Khan mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkan cawangan pandu lalu berkenaan baru-baru ini selepas majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran BDA di NAIM Street Mall.

Jelas Loo, Bask Bear yang merupakan kopi pertama menggunakan Gula Aren®️ Borneo, diakui sangat digemari kerana kemanisannya dan rasa karamel yang lazat.

“Jenama ini juga memperjuangkan agenda pemuliharaan beruang madu, setelah mengambil anak beruang madu bernama Tenom sebagai haiwan angkat di Sabah pada tahun lepas.

“Kami juga turut melancarkan kempen kesedaran untuk menggalakkan pelanggannya menyumbang kepada Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) di Sandakan, Sabah bagi memulih lebih banyak beruang madu yang ditangkap dan mengembalikan ke habitat hutan mereka,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan