Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri menyerahkan bantuan kepada keluarga mangsa yang hilang dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Rayu, Lundu, hari ini. Foto Connie Grace (TVS)

Kerajaan komited bantu keluarga ditimpa musibah

ByConnie Grace

KUCHING, 19 April: Kerajaan sentiasa komited membantu masyrakat yang ditimpa musibah, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan khas yang disediakan untuk keluarga mangsa yang dibaham buaya atau diserang binatang buas.

“Secara tidak rasminya, jabatan kita memang ada menyediakan bantuan kepada keluarga mangsa seperti makanan dan minuman dan tidak kira mangsa dibaham buaya atau tragedi lain.

“Tetapi sekiranya ada mangsa yang diserang binatang liar atau buas, memang ada lagi beberapa bantuan khas yang akan diberikan kepada keluarga mangsa,” katanya.

Beliau ditemui semasa berkunjung ke lokasi warga emas hilang dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Rayu, Lundu dekat sini, hari ini. Mangsa, Minu Kin, 79, mencari lokan di sungai bersama anak sulungnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong turut meluangkan masa menyertai pencarian mangsa yang hilang sejak Rabu lepas.

“Operasi mencari dan menyelamat membabitkan Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan polis,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan para penduduk di kawasan terlibat agar lebih berwaspada di kawasan dikenal pasti ada buaya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan