Search
Close this search box.
Sayed Azmee (dua kanan) bersama yang lain menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentral Sibu. Foto Sayed Azmee Wan Junaidi

Hantaran Facebook berbaur fitnah terhadap Premier Sarawak, satu laporan polis dibuat di Sibu

SIBU, 19 April: Satu laporan polis dibuat susulan tindakan pemilik akaun Facebook bernama ‘Charles Roger Francis yang membuat hantaran berbaur fitnah terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan dua pemimpin kanan Sarawak di sini, pada Khamis.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Sayed Azmee Wan Junaidi berkata, beliau bersama seorang lagi Setiausaha Politik, Joshua Ting Fu Ying tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu pada 2 petang semalam.

Menurut Sayed Azmee, beliau kesal dengan tindakan pemilik akaun tersebut yang memaparkan kata-kata kesat dan biadap terhadap Premier Sarawak dan dua pemimpin kanan melalui sosial media.

“Kita kesal dengan kenyataan yang dilemparkan pemilik akaun berkenaan yang berbaur fitnah terhadap pemimpin tertinggi Sarawak.

“Kenyataan (Charles Roger Francis) itu merupakan satu tohmahan berbentuk penghinaan dan satu cacian kesat dan biadap ke atas peribadi Premier Sarawak, Timbalan Premier Sarawak dan Menteri Kerja Raya,” katanya ketika dihubungi TVS.

Beliau juga berkata, orang ramai seharusnya tidak menggunakan platform media sosial dengan sewenang-wenangnya tanpa memikir kesan buruk.

Justeru, beliau berharap polis dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit.

Terdahulu, satu laporan polis juga dibuat di Kuching oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abdul Samat Gany.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan