Search
Close this search box.
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana cuba menyeludup lobak merah dimuatkan dalam 53 kotak yang dianggarkan bernilai RM3,180 ke Indonesia menerusi jalan tikus, hari ini. Foto TDM

Cubaan seludup lobak ke Indonesia dipatahkan

ByKimberly Dickson

KUCHING, 19 April: Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana cuba menyeludup lobak merah dimuatkan dalam 53 kotak yang dianggarkan bernilai RM3,180 ke Indonesia menerusi jalan tikus, hari ini.

Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat memaklumkan pada 2.50 pagi sepasukan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) ketika meronda di Ladang Kelapa Sawit Empaling Kg Stass, Bau, menahan sebuah kenderaan pikap yang membawa muatan bertutup cuba memasuki negara jiran.

“Kesemua barang rampasan beserta dua orang warga tempatan yang ditahan diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Bau, Sarawak untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan Markas Pemerintahan Medan Timur.

Kesemua hasil rampasan termasuk sebuah pikap dianggarkan berjumlah RM101,180.

“Tentera Darat akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” kata kenyataan itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan