Search
Close this search box.
Pasukan perubatan Palestin mengusung mayat yang ditemui di sekitar Hospital Al-Shifa di Gaza. Foto AFP

WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza

ByBernama

RAMALLAH, 18 April: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Ghebreyesus pada Rabu, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.

Tedros menyifatkan kemusnahan yang menimpa hospital-hospital di Gaza sebagai menyayat hati, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Beliau berkata dalam hantaran di platform X, yang sebelum ini Twitter, bahawa “kami bersama-sama rakan kongsi sedang menjalankan penilaian ke atas situasi di Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia di utara Gaza,” sambil menekankan proses pengeluaran mayat dari Hospital Al-Shifa sedang berjalan.

Tedros menegaskan bahawa pekerja kesihatan telah membersihkan jabatan kecemasan Hospital Al-Shifa dan mengeluarkan katil yang terbakar dan keselamatan bangunan yang tinggal memerlukan penilaian kejuruteraan yang komprehensif, sambil menyatakan bahawa Hospital Indonesia kosong dan kerja-kerja pembinaan semula diteruskan dalam usaha untuk memulihkannya.

Beliau menggesa bagi gencatan senjata segera, dengan mengatakan ubat utama yang diperlukan oleh penduduk di Gaza adalah keamanan.

Menurut Kementerian Kesihatan, 12 hospital di Semenanjung Gaza beroperasi sebahagian iaitu enam di bahagian utara dan enam lagi di selatan.

Pencerobohan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan 33,843 kematian dan 76,575 kecederaan sejak Oktober 2023.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan