Search
Close this search box.
Timbalan Pengerusi Pengelola Perayaan Gawai Bahagian Miri 2024, Usat Bilong (tengah) dan Bendahari, Caroline Siburat (dua dari kiri) bersama ahli jawatankuasa penganjur program. Foto TVS

Perayaan Gawai Bahagian Miri 2024 pada 21 Mei depan

MIRI, 18 April: Program Perayaan Gawai Bahagian Miri 2024 bakal menemui warga Bandaraya ini pada 21 Mei depan.

Bendahari Induk Jawatankuasa Program, Caroline Siburat berkata sambutan kali ini akan mengangkat etnik Orang Ulu yang kaya dengan penceritaan serta keunikan kebudayaannya.

“Tahun ini, masyarakat Orang Ulu diberi kepercayaan untuk mengemudi perayan Gawai ini. Ini pastinya sesuatu yang sangat istimewa kerana di bawah Persatuan Persekutuan Orang Ulu Sarawak, Malaysia (FORUM), terdapat sembilan sub-etnik dan pastinya kita akan menjangkakan kelainan serta kemeriahan yang tidak tergambar,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada sidang media Perayaan Gawai Bahagian Miri 2024 pada Khamis.

Seramai 1,000 dijangka menghadiri majlis makan malam Perayaan Gawai Bahagian Miri 2024 yang bakal disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Selain pengisian majlis makan malam, program tersebut akan diserikan dengan pertandingan pencarian ratu cantik serta lelaki gagah berani menerusi acara Keligit Orang Ulu, Kumang Iban, Dayung Sangon dan Belawan serta Keling.

Orang ramai yang ingin turut serta dalam program Perayaan Gawai Bahagian Miri 2024 diminta untuk menghubungi Caroline Siburat di talian 012-8518938. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan