Search
Close this search box.
Suasana di KLIA Terminal 1 sesak dengan ramai penumpang terkandas sejak pagi tadi susulan syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah serta Sarawak disebabkan letusan Gunung Ruang, Indonesia. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

Penerbangan OD1632 dari KLIA ke Kuching berpatah balik

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 18 April: Pesawat Batik Air OD1632 yang berlepas ke Kuching dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 berpatah balik selepas kira-kira 30 minit berlepas dipercayai mengalami isu gangguan teknikal.

Pesawat itu yang sepatutnya berlepas pada jam 8:45 minit pagi mengalami kelewatan penerbangan sekitar satu jam setengah susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia.

Wartawan TVS yang berada di KLIA mendapati para penumpang yang menaiki pesawat itu diminta untuk turun sejurus pesawat mendarat dan mereka diminta untuk mengatur semula jadual penerbangan di kaunter disediakan.

Salah seorang penumpang berkata, juruterbang pesawat memaklumkan, berlaku isu teknikal menyebabkan pesawat itu terpaksa berpatah balik.

Bagaimanapun, sehingga berita ini diterbitkan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Batik Air belum mengeluarkan kenyataan dan penjelasan mengenainya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan