Search
Close this search box.
Situasi di LTAK hari ini

Pembatalan penerbangan, kesesakan di LTAK kini reda

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 18 April: Kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) mulai reda pada jam 5 petang ini.

Selepas ratusan penumpang yang terkandas telah melakukan semakan jadual penerbangan semula mereka ekoran pembatalan penerbangan sejak awal pagi tadi.

Sebelum ini mendapati ratusan penumpang telah berbaris panjang di kaunter dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines dan AirAsia.

Menurut salah seorang penumpang, Habib Syazwan Wan Habib, mereka telah diarahkan untuk membuat semakan jadual penerbangan semula susulan pembatalan penerbangan oleh dua syarikat tempatan itu sejak awal pagi tadi.

“Saya sepatutnya meneruskan perjalanan untuk bekerja balik ke Miri pada petang ini, tetapi pihak AirAsia telah memberi kami pilihan untuk menukar tarikh penerbangan,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Tinjauan TVS mendapati rata-rata penumpang telah diminta untuk membuat semakan jadual penerbangan semula susulan pembatalan penerbangan oleh dua syarikat itu hari ini.

@tvsarawak

Selepas ratusan penumpang yang terkandas telah melakukan semakan jadual penerbangan semula mereka ekoran pembatalan penerbangan sejak awal pagi tadi. 📹 TVS 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! TVS122 TVSNews TVSarawak MZB365 Maaf Zahir Batin Hari-Hari

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Pembatalan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak akibat amaran bahaya debu susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia, pada Khamis.

Difahamkan sekurang-kurangnya 800 penduduk di Wilayah Sulawesi Utara telah dipindahkan susulan Gunung Ruang meletus.

Gunung berapi yang terletak di Pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilayah Manado, meletus lebih tiga kali sejak Rabu.

Indonesia terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, kawasan aktiviti seismik tinggi yang terletak di atas beberapa plat tektonik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan