Search
Close this search box.
Gunung Ruang di Sitaro, Sulawesi Utara meletus semalam. Foto BNPB

Gunung Ruang di Sulawesi Utara meletus, 828 penduduk dipindah

ByTVS

JAKARTA, 18 April: Gunung berapi Gunung Ruang yang terletak di wilayah Sitaro, Sulawesi Utara meletus semalam.

Berdasarkan visual, gunung itu mula menunjukkan aktivitinya dan mengalami peningkatan daripada peringkat II (waspada) kepada peringkat III (siaga) sejak petang Selasa sehingga ia meletup semalam.

Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) memaklumkan abu panas meletus setinggi 3,000 meter sehingga menyebabkan hujan abu gunung berapi di wilayah itu.

Menurut jurucakapnya Abdul Muhari, letupan yang berlaku memaksa semua penduduk sehingga empat kilometer dari kawasan itu dipindahkan.

“Akibat letupan itu, seramai 828 orang di kawasan terjejas dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan mereka berada di tempat selamat,” katanya.

Beliau juga berkata pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan darurat untuk tempoh 14 hari.

Sementara itu, penduduk di sekitar Gunung Ruang diminta berwaspada dan tidak memasuki kawasan berjejari empat kilometer dari pusat kawah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan