Search
Close this search box.
Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abdul Samat Gany hari ini membuat laporan polis ke atas pemilik akaun Facebook bernama "Charles Roger Francis" yang telah membuat beberapa hantaran berbaur fitnah terhadap Premier Sarawak dan pemimpin lain.

Fitnah Premier Sarawak: “Charles Roger Francis” berdepan tindakan undang-undang

ByOdleen Catherny

KUCHING, 18 April: Laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abdul Samat Gany hari ini terhadap  pemilik akaun Facebook bernama “Charles Roger Francis” susulan membuat hantaran berbaur fitnah terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pemimpin Sarawak lain.

Menurut Abdul Samat, hantaran Charles itu disifatkan berunsur fitnah, cacian dan tohmahan yang tidak berasas terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Jadi hari ini kita buat laporan untuk pihak polis mengambil tindakan sewajarnya dan siasatan lanjut boleh dilakukan terhadap si pelaku.

Termasuk juga kata-kata yang menyinggung perasaan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Pihak polis akan bertindak sewajarnya bersama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memfailkan laporan polis di Balai Polis Satok, Jalan Nagor kira kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Abdul Samat memberitahu selepas ini laporan polis juga akan dilakukan di seluruh Sarawak merangkumi Zon Tengah, Sibu, Utara, Miri dan Bintulu.

Menurutnya setakat laporan itu dibuat, pihaknya masih belum dapat memastikan lokasi keberadaan si pelaku berikutan kenyataan yang dibuat hanya disiarkan melalui hantaran Facebook.

Sejurus itu, katanya polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588]. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan