Search
Close this search box.
Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit kes samun bersenjata di Jalan Bukut Mukah. Foto IPD Mukah

Samun bersenjata, polis buru seorang lagi suspek

MUKAH, 17 April: Polis Mukah memburu seorang lagi suspek dipercayai terbabit kes samun berkumpulan dengan senjata merbahaya susulan kejayaan penangkapan dua lelaki di sebuah hotel bajet di bandar lama Bintulu, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Polis, Muhamad Rizal Alias berkata, serbuan dilakukan pada 6 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah dibantu pasukan polis IPD Bintulu berdasarkan maklumat dan risikan.

Semasa serbuan katanya, dua orang lelaki yang menyedari kehadiran polis cuba bertindak melarikan diri dengan melompat keluar dari tingkap bilik hotel.

“Bagaimanapun, polis bertindak mengejar sebelum berjaya menahan kedua-dua lelaki warga tempatan yang masing-masing berusia 30 dan 33 tahun itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Rizal, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Ujarnya, turut dirampas dua bilah parang, satu sarung parang dan satu beg pakaian.

“Hasil siasatan mendapati kedua-duanya mempunyai tiga rekod jenayah serta dadah akan direman selama empat hari mulai 17 hingga 20 April bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Dalam kejadian, kira-kira jam 10.30 malam, 10 April lalu itu, mangsa seorang wanita berusia 28 tahun berdepan detik cemas apabila tiba-tiba kereta yang dinaikinya dihalang tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta lain di Jalan Bukut.

“Dua orang yang memakai pelitup muka bersenjatakan parang keluar dari kereta tersebut dan meminta mangsa untuk menyerahkan beg tangan beliau. Selepas mangsa menyerahkan beg tangan yang mengandungi kad bank dan wang tunai ketiga-tiga suspek terus melarikan diri,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Hafez A.Razak, melalui talian 012-9677525 atau talian hotline IPD Mukah 084-871222 atau mana mana balai polis berhampiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan