Search
Close this search box.
Rolland menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf dan Bina Jambatan Sungai Menyakan Besai, Ulu Merurun Julau. Foto UKAS

RM96 juta tingkat kemudahan elektrik DUN Meluan

SIBU, 17 April: Sebanyak RM96 juta diperuntukan untuk menyediakan kemudahan elektrik bagi kegunaan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, peruntukan besar yang disalurkan kerajaan negeri itu bertujuan memastikan bekalan elektrik dapat dinikmati oleh penduduk yang tinggal jauh di pedalaman.

Malah katanya, ia merupakan sebahagian komitmen kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk selain memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Sehubungan itu, kita telah membina stesen baharu di Julau untuk menyalurkan kuasa elektrik bukan sahaja di bandar tetapi juga luar bandar.

“Ini bertujuan memperkukuhkan bekalan elektrik di samping memastikan penduduk dapat menikmati kemudahan itu dengan lebih baik,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf dan Bina Jambatan Sungai Menyakan Besai, Ulu Merurun Julau petang semalam.

Menurut Rolland, projek bernilai RM1.5 juta itu merealisasikan impian penduduk Rumah Manila yang sebelum ini sering terjejas akibat masalah banjir.

Katanya, projek merangkumi pembinaan jambatan besi dan menaik taraf Jalan Ulu Merurun kepada jalan konkrit yang merupakan laluan utama penduduk di kawasan berkenaan.

Usaha bersungguh–sungguh itu katanya, membuktikan kerajaan tidak bercakap kosong sebaliknya sentiasa melakukan yang terbaik untuk manfaat rakyat dalam tempoh jangka panjang

“Selain projek itu, kerajaan negeri juga menyalurkan peruntukan besar bagi pelaksanaan beberapa projek mega di Meluan seperti pembinaan jambatan keluli Nanga Meluan, jalan Nanga Mau ke Rumah Nyaleh, jambatan Nanga Lasi, naik taraf tiga jambatan serta jalan kawasan Lasi selain baik pulih Kubu Brooke yang kini menjadi tumpuan pengunjung

“Sejujurnya, sepanjang menjadi wakil rakyat selama dua penggal di kawasan ini, saya nampak kerajaan negeri begitu banyak menyalurkan peruntukan kepada Meluan. Seharusnya kita terima kasih dan terus memberikan sokongan agar lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan