Search
Close this search box.
Seorang penunggang motosikal lelaki warga emas berusia 73 tahun maut selepas digilis sebuah treler di Jalan Gangsa hari ini. Foto JBPM Kedah

Penunggang motosikal warga emas maut digilis treler

ALOR SETAR, 17 April: Seorang lelaki warga emas terkorban selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Gangsa di sini hari ini.

Mangsa berusia 73 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas digilis oleh tayar treler pada kepala dan badan.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Ahmad Nozlan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada pukul 10.04 pagi sebelum 10 anggota dikejarkan ke lokasi bersama jentera.

“Kemalangan telah menyebabkan penunggang tersepit di bawah tayar treler.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini bagi urusan bedah siasat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan