Search
Close this search box.
Anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah pada Selasa. Foto hiasan Faitullah Morni (TVS)

Anak perempuan KPD Lahad Datu ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 April: Anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah pada Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Polis masih siasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa yang berusia 16 tahun merupakan satu-satunya individu yang menjumpai adiknya itu terbaring di dalam bilik selepas pulang dari sekolah.

“Bapa mangsa pula ketika kejadian berada di Kinabatangan atas urusan pindah rumah kerana baru berpindah (ke Lahad Datu) setelah dinaikkan pangkat,” katanya.

Dzulbaharin dilantik sebagai KPD Lahad Datu pada 1 April lepas.

Razarudin juga berkata, proses bedah siasat akan dijalankan pada 9 pagi Rabu dan pihaknya sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.

“Orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi selagi siasatan belum disiapkan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan