Search
Close this search box.
Naroden menyerahkan cenderahati kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di rumah terbuka Aidilfitri beliau hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS).

Sarawak bakal buka Pejabat Perdagangan dan Pelancongan di Pontianak tahun ini – Naroden

BySalasiah Safian

KUCHING, 16 April: Sarawak merancang untuk membuka Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Pontianak, Indonesia pada tahun ini, kata Dato Sri Naroden Majais.

Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak itu mendedahkan setakat ini pihaknya sedang meneliti serta mengkaji keadaan di negara jiran itu.

Sarawak rancang buka Pejabat Perdagangan dan Pelancongan di Pontianak tahun ini | TVS

“Ada, selepas ini kita nak wujudkan di Pontianak, Indonesia kerana Pontianak ini pasarannya malah lebih besar daripada Sarawak. Jadi Pontianak ini mereka boleh membuka kepada Jawa di Jakarta dan sebagainya dan Pontianak ini mudah sekali dan bagi Pontianak mereka boleh pergi ke Jawa atau Jakarta.

“Insya-Allah kita masih mengkaji tempat yang amat strategik, saiz dan sebagainya. Brunei ini kita baharu buka. Selepas Brunei, Pontianak. Insya-Allah dalam tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, hari ini.

Menurutnya, setakat ini Sarawak mempunyai dua Pejabat Perdagangan dan Pelancongan iaitu di Singapura dan Brunei (STATOS dan STATOB).

Langkah membuka pejabat tersebut didua negara berkenaan antara lainnya sebagai platform serta peluang kepada usahawan di Sarawak memasarkan produk mereka.

“Jadi sebab itulah kita memberi keutamaan kepada Singapura dan di Brunei kerana apa-apa juga produk yang dikeluarkan melalui Brunei ke luar negara mesti diiktirafkan halal.

“Jadi kita nak ambil peluang ini supaya produk kita di dipamer dan dipasar di Brunei dari Brunei pergi ke luar Negara sebagai produk halal. Itulah satu keutamaan yang kita ingin capai,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan