Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri di Mega Hotel Miri pada malam Isnin. Foto Alex Teo (TVS)

Penggerudian minyak, gas di Adong Kechil Barat sumber pendapatan baharu Sarawak

BySteward Dawi

MIRI, 16 April: Kerja – kerja penggerudian darat minyak dan gas oleh Petroleum Sarawak Berhad (Petros) diĀ Adong Kechil Barat blok SK433 di sini dijangka akan menambah pendapatan Sarawak pada masa akan datang.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Petros kini giat menjalankan kerja penggalian di kawasan itu.

RM300 juta diluluskan bagi pembinaan pelabuhan laut dalam di Miri

ā€œKita amat bertuah (dan) ini memberi jaminan untuk kita mendapat hasil baharu,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri di sini malam tadi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Jumaā€™ani Tun Tuanku Bujang.

Jambatan menghubungkan Kampung Pulau Melayu-Marina Bay, mercu tanda baharu bandar raya Miri

Pada Oktober tahun lepas, syarikat milik Kerajaan Sarawak itu memulakan aktiviti penggerudian di situ yang melibatkan kawasan seluas kira-kira 3,100 kilometer (km) persegi di pesisir pantai antara Limbang dan Lawas.

Penggerudian berkenaan sekali gus merealisasikan Kontrak Petroleum Dalam Pesisir sulung yang telah dianugerahkan kepada Petros pada Julai 2021 di bawah Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958.

Sementara itu Abang Johari menjelaskan Sarawak akan terus mencari hasil pendapatan bagi melaksanakan pembangunan di seluruh wilayahnya.

ā€œKita (Kerajaan Sarawak) akan terus membangunkan infrastruktur termasuk di Miri.

ā€œPembinaan jalan lebih 100 km yang menghubungkan Miri, Marudi, Mulu dan Long Terawan dijangka bermula pada tahun depan,ā€ jelasnya.

Tambahnya jalan raya berturap yang akan dibangunkan itu membolehkan Mulu boleh dihubungkan terus dengan kawasan Gunung Buda di Limbang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan