Search
Close this search box.
Tun Dr Wan Junaidi (tiga kiri) dan Abang Johari (empat kanan) memotong pulut kuning pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri di sini malam tadi. Foto, Alex Teo (TVS).

Pendidikan tinggi percuma lahir tenaga kerja mahir untuk Sarawak – Abang Johari

BySteward Dawi

MIRI, 16 April: Sarawak optimis dapat melahirkan graduan mahir dalam pelbagai industri bagi membantu merancakkan transformasi ekonomi di wilayahnya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bagi mencapai matlamat itu, Kerajaan Sarawak bersedia menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada anak Sarawak di institusi pengajian tinggi (IPT) miliknya bermula pada 2026.

Kata Abang Johari, antara IPT yang bersedia melaksanakan dasar berkenaan termasuk Curtin University Miri.

“Anak-anak Sarawak yang layak masuk universiti, pendidikan tinggi anda percuma kerana ditanggung penuh oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya semasa berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri di sini malam tadi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Menurut Abang Johari, Sarawak turut memerlukan tenaga pakar dalam bidang ekonomi digital dan ekonomi hijau.

“Saya percaya negeri kita akan menyerlah dalam dua bidang ini.

“Sekarang negara luar turut mengenali Sarawak kerana (kita) komited untuk membangunkan ekonomi hijau sekali gus menekankan kepentingan pemuliharaan planet dan peranan kita dalam membantu menangani perubahan iklim dunia,” tambahnya.

Abang Johari turut memaklumkan yang beliau akan ke Poland pada minggu hadapan bagi berkongsi menerusi ucapannya mengenai penerokaan tenaga hijau berdasarkan perspektif Sarawak.

Menurutnya, Sarawak menjadi perhatian dunia selepas memperkenalkan inisiatif pembangunan mampan seperti tenaga hijau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan