Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing hadir program menyantuni rakyat di kawasannya hari ini. Foto, TVS.

Pasukan khas Jabatan Premier Sarawak laksana program bantu penduduk tiada IC

BINTANGOR, 16 April: Pasukan petugas khas Jabatan Premier Sarawak akan mengadakan program untuk membantu penduduk yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri di Pejabat Daerah Meradong pada 10 hingga 14 Jun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata, setakat ini pihaknya menerima sebanyak 112 permohonan bagi tujuan itu.

Jelas beliau, pemohonan masih terbuka kepada penduduk yang menghadapi masalah tersebut.

“Usaha ini membuktikan kerajaan sentiasa komited mempercepatkan urusan rakyat yang berdepan masalah ini.

“Ini supaya mereka boleh mendapat pelbagai kemudahan akses yang disediakan oleh kerajaan,” katanya ketika mengadakan lawatan menyantuni rakyat di sini hari ini.

Pada masa yang sama, beliau mengesa kerjasama pemimpin masyarakat untuk melancarkan urusan berkenaan.

Jelas beliau ini kerana mereka dapat mengesahkan sama ada individu berkenaan merupakan warga Sarawak atau sebaliknya.

“Saya berharap program ini mencapai sasaran iaitu memastikan mereka yang tercicir layak mendapat semua keistimewaan sebagai warganegara yang sah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan