Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah ketika sedang menurunkan gelung simen di dalam telaga yang baru siap digali di Masjid Kampung Gelam Tok Uban Pasir Mas, di Kota Bharu semalam. Foto, JBPM Kelantan.

Lelaki maut tertimbus dalam telaga di Pasir Mas

ByBernama

KOTA BHARU, 16 April: Seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah ketika sedang menurunkan gelung simen di dalam telaga yang baru siap digali di Masjid Kampung Gelam Tok Uban Pasir Mas, di sini semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Adnan Mat Juri berkata mangsa Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23, dibawa naik dengan bantuan orang awam pada 7.15 malam tadi dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.54 petang dan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas digerakkan ke lokasi kejadian.

“Apabila kami tiba di lokasi kejadian pada 6.17 petang, mangsa didapati telah tertimbus dalam telaga yang berkedalaman kira-kira enam meter,” katanya ketiga dihubungi tengah malam tadi.

Adnan berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan