Search
Close this search box.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan penstrukturan Akaun 3 pada penghujung bulan ini. Foto hiasan Bernama.

KWSP akan umum butiran penstrukturan Akaun 3 hujung April ini

ByMuqri Aziz

KUCHING, 16 April: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan penstrukturan Akaun 3 pada penghujung bulan ini.

KWSP menerusi hantaran di laman X yang menjawab pencerahan wartawan TVS berkata, pihaknya kini dalam fasa terakhir memuktamadkan mekanisme tersebut.

“KWSP sedang memuktamadkan mekanisme penstrukturan semula akaun KWSP dengan memasukkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3.

“KWSP komited berada pada garis masa yang ditetapkan dan akan mengumumkan butiran mengenai inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP sebelum akhir April 2024,” kata hantaran itu.

Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan kepada ahli KWSP untuk mendapatkan maklumat rasmi daripada KWSP berhubung inisiatif demikian dari semasa ke semasa.

Pada 29 Februari lepas, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif Akaun 3 akan merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum.

Amir Hamzah berkata, kerajaan tidak melihat kepada sebarang pengeluaran secara bersasar kerana ia akan memburukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan.

Tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen berkata, Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berkata, akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan