Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, semasa ditemui media. Foto TVS

Kebakaran rumah beri kesan mendalam kepada Datuk Gerawat dan keluarga

MIRI, 16 April: Kebakaran rumah berusia lebih 30 tahun milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala di Kampung Pa’ Umor, Bario, Ahad lepas memberikan kesan mendalam kepada beliau dan keluarga.

Katanya, kebakaran itu bukan sahaja memusnahkan rumah dan harta benda di dalamnya, malah ia turut memusnahkan legasi rumah tersebut yang berusia lebih 30 tahun.

“Kehilangan terbesar ialah ingatan ibu bapa saya dan generasi dahulu yang tidak ada lagi yang membantu saya membina rumah. Itulah kehilangan terbesar yang saya rasa.

“Kerugian barang dalam kejadian seperti ini adalah perkara biasa namun apa yang membuat saya rasa sedih ia tiada lagi kenangan ibu bapa saya dan generasi dahulu yang membina rumah sebelum lebih 30 tahun yang lalu,” katanya ketika ditemui media di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di sini, şemalam.

Beliau berkata, siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mendapati kebakaran tersebut berkemungkinan berpunca daripada masalah litar pintas.

“Jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut dianggarkan mencecah ratusan ribu termasuk barangan warisan dan antik yang disimpan di rumah terbabit,” ujarnya.

Gerawat dalam pada itu turut mengucapkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran itu dan memberi sokongan moral kepadanya dan keluarganya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan