Search
Close this search box.
Polis telah mengambil keterangan daripada 11 saksi bagi membantu siasatan berhubung insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1. Foto Media sosial

Tembakan di KLIA: Polis ambil 11 keterangan saksi – KP Selangor

ByBernama

SEPANG, 15 April: Polis telah mengambil keterangan daripada 11 saksi bagi membantu siasatan berhubung insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, antara yang telah memberi keterangan ialah pengawal peribadi yang terkena tembakan, isteri suspek, pengawal keselamatan di lapangan terbang, anggota polis dan juga doktor yang memberikan rawatan.

Tembakan di KLIA: Polis Pulau Pinang pertingkat kawalan

“Kita akan panggil beberapa lagi saksi, (termasuk) yang terlibat dalam perniagaan, ahli keluarga (suspek dan mangsa) serta beberapa lagi individu yang boleh membantu siasatan,” katanya kepada media selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah KLIA, di sini hari.

Beliau berkata, polis sedang giat menjejak suspek dan percaya lelaki itu masih berada dalam negara.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam seorang lelaki melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di balai ketibaan KLIA Terminal 1, namun satu das tersasar dan satu lagi das terkena salah seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek.

Tembakan di KLIA: Foto suspek diedar ke pintu masuk negara, pihak berkuasa negara jiran

Susulan insiden itu pengawal peribadi berkenaan mengalami kecederaan di bahagian perut, dan kini dirawat di sebuah hospital.

Hussein berkata, tiada penglibatan orang lain dalam insiden itu dan identiti suspek disahkan melalui keterangan saksi dan juga kamera litar tertutup (CCTV). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan