Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM300 juta bagi pembinaan sebuah pelabuhan laut dalam dekat Kuala Baram, Miri. Foto Alex Teo (TVS)

RM300 juta diluluskan bagi pembinaan pelabuhan laut dalam di Miri

BySteward Dawi

MIRI, 15 April: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan sebuah pelabuhan laut dalam dekat Kuala Baram, di sini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelabuhan dibina menggunakan kaedah tebus guna tanah itu mempunyai kedalaman 12 meter.

“Ini merupakan kemudahan yang dibina untuk kegunaan orang di Miri, pelabuhan laut dalam.

“Kewujudan pelabuhan ini nanti akan dapat menarik pelabur dari luar datang melabur ke Miri,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri di sini, malam ini.

Majlis itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Abang Johari berkata lagi, Kerajaan Sarawak turut mempunyai perancangan untuk menambah keupayaan penjanaan tenaga elektrik di Miri.

Penjanaan tenaga elektrik itu juga dapat membuka ruang kepada pelaburan berasaskan tenaga yang akan memberi manfaat sosioekonomi kepada penduduk di Miri.

“Perancangan ini akan dilaksanakan oleh Petroleum Sarawak (Petros) bagi mengeluarkan 500MW loji kuasa di Miri.

“Tenaga elektrik ini akan disalurkan ke kawasan utara Sarawak bagi menambah penghasilan tenaga elektrik di negeri ini,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan