Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri di Miri, malam ini. Foto Alex Teo (TVS)

Jambatan menghubungkan Kampung Pulau Melayu-Marina Bay, mercu tanda baharu bandar raya Miri

BySteward Dawi

MIRI, 15 April: Sebuah jambatan kabel yang akan dibina menghubungkan Kampung Pulau Melayu dan Marina Bay, bakal menjadi salah satu mercu tanda pembangunan infrastruktur di bandar raya ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jambatan itu dibina mengambil contoh jambatan di San Francisco.

“Jambatan ini juga akan menjadi mercu tanda ikonik terbaharu di bandar raya Miri sekali gus melengkapkan Miri yang terkenal sebagai bandar raya peranginan,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuranLembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri di sini, malam ini.

Majlis itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Katanya, jambatan yang dibina itu juga mirip Jambatan Darul Hana di Kuching dan akan menjadi tarikan pelancongan terbaharu di bandar raya berkenaan.

“Kita bina dulu jambatan ini. Setelah siap baru kita beri nama yang sesuai,” katanya.

Jelasnya, setelah Taman Negara Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia kelak, ia menjadikan Miri mempunyai dua Tapak Warisan Dunia selain Taman Negara Mulu.

“Dengan adanya kedua-dua Tapak Warisan ini, ia akan membantu merancakkan lagi sektor pelancongan di Miri,” tambahnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan