YAN, 15 April: Bangkai seekor ikan lumba-lumba seberat 220 kilogram (kg) dan sepanjang 1.8 meter ditemukan terdampar di Pantai Ruat di sini semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Zul Izzi Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 5 petang berhubung kejadian itu sebelum enam anggota bergegas ke lokasi.
“Setelah sampai, anggota kita mendapati seekor ikan lumba-lumba telah terdampar di pantai disyaki terkena kipas bot.
“Pihak APM telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Perikanan Kedah dan mengalihkan bangkai ikan tersebut ke lokasi lain bagi tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – TVS