Search
Close this search box.
Rumah Datuk Gerawat Gala di kampungnya, Pa’ Umor, Bario musnah dalam kebakaran awal pagi ini. Foto JBPM Sarawak

Rumah Timbalan Menteri di Pa’ Umor musnah terbakar

MIRI, 14 April: Rumah milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala di kampungnya di Pa’ Umor, Bario musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pada 1.10 pagi Ahad.

Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu turut ke kampung halamannya bagi meninjau keadaan rumahnya susulan kebakaran tersebut.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Marudi, Penolong Penguasa Bomba Maureen Sim Ah Lian berkata, semua enam penghuni rumah tersebut selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 1.40 pagi.

“Kami menggerakkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bario ke lokasi kejadian bagi mengawal serta memadamkan kebakaran, namun kemarakan api sukar dibendung dan rumah tersebut terbakar sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata sepasukan anggota dari balai bomba Marudi bergerak lokasi tersebut terbabit menggunakan pesawat bomba dari Marudi ke Bario pada kira-kira pada 12.35 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari landasan lapangan terbang Bario.

Operasi pemadaman tersebut turut dibantu pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan